Sunday, 17 March 2013

TINGKATAN 4


BAB 2:  UNSUR PERDAGANGANLabels
Maksud Perdagangan   
-         agihan barang
-         daripada pengeluar ke pengguna

Maksud Perniagaan  
-         jual beli barang
-         dapat untung

Perbezaan Perdagangan dengan Perniagaan


PERDAGANGAN
PERNIAGAAN
1.  merupakan cabang pengeluaran
1.  merupakan cabang perdagangan

2.  agih barang
2.  beli dan jual barang
3.  tujuan agih barang
3.  tujuan dapat untung
4.  daripada perniagaan dan bantuan perniagaan
4.  terdiri daripada perniagaan dalam negeri dan perniagaan antarabangsa


Peranan Bank  

-         Ada kemudahan pembayaran
seperti cek, pindahan kredit
-         Ada  kemudahan simpan wang
seperti akaun simpanan, akaun semasa
-         Beri modal
melalui pinjaman / overdraf
-         Beri khidmat nasihat
-         Lain-lain perkhidmatan seperti:
·                     pertukaran matawang asing
·                     cek kembara               
·                     peti simpanan selamat           

Peranan Insurans  
-         Beri perlindungan
daripada risiko yang boleh diinsuranskan
seperti kebakaran, kecurian, kemalangan
-         Bayar premium
dapat gantirugi
dapat memulihkan kepada kedudukan asal
-         Berniaga lebih yakin
berani kembang perniagaan
-         Wujudkan peluang perniagaan
-         Contoh insurans: insurans kebakaran, insurans kecurian

 

Peranan Pengangkutan  

-         Bawa barang
dari tempat lebih ke tempat kurang
selaras permintaan dan penawaran
stabilkan harga
-    Edar barang ke merata dunia
pasaran lebih luas
pilihan pengguna banyak
-          Peniaga mudah dapat bekalan bahan mentah
-          Galakkan pengeluaran secara besar-besaran
-          Elakkan pembaziran
-         Memudahkan mobiliti / pergerakan tenaga buruh
-         Mengurangkan kos penyimpanan stok / kos gudang
-         Galakkan pertumbuhan ekonomi
mewujudkan peluang pekerjaan
mengurangkan kadar pengganguran
meningkatkan taraf hidup masyarakat
meningkatkan pendapatan negara
-         Galakkan penyebaran sains dan teknologi
-         Galakkan kemasukan pelaburan dan pelancongan

 

Peranan Pergudangan  

-         Pengeluaran besar-besaran berterusan
-         Simpan bekalan berlebihan
bekalan berterusan
-         Selaraskan permintaan dan penawaran
stabilkan harga
-         Kerja akhir dapat dilakukan
seperti menimbang, membungkus.
-         Penyetoran sejuk elakkan barang rosak
seperti daging, buahan
-         Lindungi risiko kecurian / selamat
-         Sedia tempat pamer barang
boleh periksa barang sebelum beli
dengan adanya Gudang Bayar dan Bawa
-         Gudang berbon mudahkan aktiviti impot dan ekspot

 

Peranan Promosi 

-         Perkenalkan barang
-         Beri maklumat
     pengguna mudah pilih
-         Wujudkan permintaan
pujuk pengguna beli
-         Tingkatkan daya saing
-         Didik orang ramai guna barang
-         Tingkatkan jualan / untung
-         Tingkatkan imej barang / syarikat
-         Meluaskan pasaran

 

Peranan Komunikasi  

-         Hubungi pembekal / pelanggan
secara lisan (telefon, radio) dan tulisan (surat, telegram)
-         Sampaikan maklumat / pesanan
-         Hantar dokumen / bayaran kepada pembekal
-         Urusniaga cepat
melalui  teleks , telefon
-         Agihan tepat pada masanya
-         Memudahkan promosi
meningkatkan jualan / untung
-         Luaskan pasaran
-         Mudahkan pentadbiran dan kawalan perniagaan
-         Kurangkan risiko kerugian / kerosakan
Perkaitan antara Pengeluaran , Perdagangan dan Perniagaaan  
-         Pengeluaran hasilkan barang dan perkhidmatan
     untuk puaskan kehendak manusia
-         Pengeluaran libatkan faktor pengeluaran
     seperti  buruh, modal, tanah dan usahawan
-         Barang perlu agihkan ke pasaran
     maka ia perlukan perdagangan
-         Perdagangan ialah proses agih barang
dari pengeluar kepada pengguna
-         Proses agihan dilakukan oleh perniagaan dan bantuan perniagaan
-         Perniagaan ialah aktiviti jual beli untuk dapat untung
-         Bantuan perniagaan terdiri daripada bank, promosi, pergudangan, insurans, pengangkutan dan komunikasi
-         Perniagaan adalah cabang perdagangan
-         Perdagangan adalah cabang pengeluaran

Thursday, 14 March 2013

SOALAN LATIHAN TINGKATAN 5


Bab 1: Perbankan dan Institusi Kewangan Lain
Latihan (kertas 2)

  1.      Nyatakan dua perbezaan antara sistem perbankan Islam dan sistem perbankan konvensional.                                                                                                          
        (4 markah)

  2.      Berikut adalah logo kepunyaan sebuah bank.




i)                    Nyatakan jenis bank yang mempunyai logo tersebut.                 (1 markah)
ii)                  Terangkan tiga perkhidmatan simpanan yang disediakan oleh bank tersebut.
   (6 markah)

  3.      Senaraikan tiga perbezaan antara akaun simpanan tetap dan akaun semasa. (6 markah)

  4.      Nyatakan kemudahan bank yang sesuai digunakan bagi mengatasi situasi berikut:

i)                    En. Yusof perlu membayar sewa keretanya setiap bulan.
ii)                  Puan Azura mempunyai RM4000 di dalam akaun semasanya. Dia ingin  
              mengeluarkan cek bernilai RM7000.
iii)                Puan Maya ingin memasukkan cek di bank selepas waktu pejabat.
iv)                Syarikat Global perlu membayar gaji bulanan kepada 50 orang pekerjanya yang 
              mempunyai akaun bank.                                                     (4 markah)


  5.      Nyatakan kemudahan pembiayaan yang disediakan oleh perbankan islam yang sesuai digunakan  
         untuk situasi di bawah:

i)                Mengikut prinsip ini, aset berharga dijadikan sebagai cagaran untuk memperoleh pinjaman.
ii)             Bank akan memberikan hutang kepada pelanggan sebagai ihsan. Peminjam hanya perlu membayar jumlah yang dipinjam sahaja.walaubagiamanapun, peminjam boleh bayar balik melebihi jumlah pinjaman.
iii)            Bank membeli aset yang diperlukan oleh pelanggan dan menyewakan kepada pelanggan tersebut mengikut tempoh dan kadar yang dipersetujui.      
iv)            Pelanggan membuat pembayaran terlebih dahulu dan barang akan diserahkan kemudian.                                                                                  (4 markah)    

                                                                                    
  6.      Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Daud, seorang pengeluar dan pembekal pakaian  
         seragam.
En. Daud baru sahaja memperoleh kontrak membuat 100 000 pasang pakaian seragam setahun 
sehingga tahun 2017. Dia menghadapi masalah kekurangan mesin jahit sebanyak 50 buah yang 
bernilai RM300 000 tetapi tidak berhasrat untuk memiliki mesin jahit tersebut apabila tamat 

tempoh kontrak.
 
 






i)                    Tentukan institusi kewangan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh 
               En. Daud.                                                                                          (1 markah)
ii)                  Kemukakan lima alasan anda tentang pembiayaan tersebut.              (5 markah)

7
  7.      Nyatakan tiga perbezaan antara cek terbuka dan cek berpalang.                   (6 markah)

  8.      Terangkan tiga pihak yang terlibat dalam cek sesebuah cek.                          (6 markah)

  9.  Jelaskan maksud cek-cek dibawah.

i)                    Cek mati
ii)                  Cek dalaman
iii)                Cek kosong
iv)                Cek bertarikh hadapan                                                        (4 markah)

  10.  Terangkan enam punca yang menyebabkan cek tak laku.                              (6 markah)

  11.  Huraikan dua kebaikan penggunaan cek dalam perniagaan.                            (4 markah)

SOALAN LATIHAN (TINGKATAN 4)


BAB 1: ASAS KEPADA PERDAGANGAN
Latihan (kertas 2)

  1. Gambar 1 menunjukkan seorang ahli sosiologi yang terkemuka. Beliau telah membahagikan  
      keperluan kepada tiga tahap.                                           



i)                    Siapakah beliau?                                                                         (1 markah)
ii)                  Huraikan ketiga-tiga tahap keperluan yang dikemukakannya.           (8 markah)


  2. Pernyataan berikut menunjukkan dua jenis proses pengeluaran yang melibatkan penciptaan nilai faedah.

Gandum    à    Roti
Pemilik kereta à  Pembeli kereta

i.        Apakah jenis nilai faedah yang dicipta dalam proses pengeluaran yang ditunjukkan dalam pernyataan di atas?                                                                       (2 markah)
ii.      Huraikan proses penciptaan nilai faedah tersebut.                                    (4 markah)


  3.  Berikut menunjukkan perbualan antara Encik Yusof dengan Encik Mahmud.

Encik Yusof : Saya ada sayur dan saya mahukan gandum.
Encik Mahmud : Saya ada gandum dan saya mahukan sayur.

i)                    Terangkan kaedah urusniaga yang dijalankan dalam situasi di atas.   (3 markah)
ii)                  Nyatakan syarat yang diperlukan untuk menjalankan urusniaga tersebut. (2m)
iii)                Huraikan tiga kelemahan kaedah urusniaga tersebut.                         (6 markah)


  4. Pernyataan I hingga III berkaitan dengan pengkhususan.

Pernyataan
I-    Kilang mengetin nanas menggunakan mesin secara intensif untuk mengeluarkan
       nanas dalam tin secara besar-besaran.
II-   Ramli berkhidmat sebagai guru sementara abangnya ialah seorang doktor.
III- Teh Boh dan strawberi dihasilkan di Tanah Tinggi Cameron manakala padi
      dikeluarkan di Kedah.
           
            Terangkan jenis pengkhususan dalam pernyataan I, II dan III.                      (6 markah)